Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
87) PERATURAN “TURN LEFT IF EXIT IS CLEAR”
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan untuk melaksanakan peraturan "Turn left if exit is clear" untuk membenarkan kenderaan berpusing ke kiri sekiranya tiada kenderaan datang dari kanan walaupun lampu isyarat JKR dan PBT menunjukkan lampu merah?
Merujuk kepada Seksyen 76A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), peraturan “Turn left if exit is clear” adalah dibenarkan secara case by case mengikut keperluan dan memerlukan kajian Trafik dan Road Safety Audit,RSA dari aspek keselamatan dan impaknya kepada kesesakan trafik sebelum boleh dilaksanakan. Bagi Jalan Persekutuan, ianya memerlukan kelulusan dasar daripada Menteri manakala bagi Jalan Negeri, memerlukan kelulusan MMKN. Walau bagaimanapun, tiada sebarang perancangan terhadap pelaksanaan peraturan ini hingga hari ini.