Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

250) PERATURAN SOLAT JUMAAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sudah ada enakmen ataupun peraturan di bawah JAIS berbentuk arahan premis - premis di tutup semasa Solat Jumaat dilaksanakan?

    Tiada Enakmen yang diperuntukkan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor terhadap permasalahan ini. Isu penutupan premis di luar masjid semasa solat Jumaat dilaksanakan bukan di bawah bidang kuasa JAIS.

  2. Apakah usaha - usaha pihak JAIS didalam memastikan umat islam muslimin menunaikan Solat Jumaat?

    Usaha-usaha pihak JAIS didalam memastikan umat Islam muslimin menunaikan Solat Jumaat dengan memberi penerangan tentang kewajipan Solat Jumaat melalui pelbagai medium. Ini kerana ia adalah tuntutan fardiah dan berkaitan hukum Syarak.

Lampiran

Tiada Lampiran.