Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

235) PERATURAN PEMASANGAN KAIN RENTANG/BANNER

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat utama pemasangan kain rentang atau bena?

    Syarat-syarat pemasangan kain rentang atau banner adalah seperti berikut:-

     

    • Salinan lesen perniagaan PBT
    • Surat pendaftaran syarikat (SSM) dan surat permohonan daripada syarikat/surat pertubuhan.
    • Contoh lakaran gegantung (banner/bunting) /kain rentang yang berwarna.
    • Lakaran visual iklan berwarna,saiz A4 dan berukuran tepat dalam kaki persegi.

    Syarat-syarat visual :

    1. Saiz perkataan Bahasa Melayu hendaklah 70% lebih besar dari lain-lain Bahasa;
    2. Penggunaan tatabahasa yang betul; dan
    3. Pengesahan penggunaan Bahasa Iklan dari Dewan Bahasa Dan Pustaka.
    • Pelan lokasi pemasangan dan gambar lokasi.
    • Kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mana-mana permohonan yang melibatkan jualan murah atau penurunan harga.
    • Lampiran surat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pemasangan yang melibatkan jalan-jalan JKR.
    • Surat kebenaran daripada pemilik bangunan (sekiranya pemasangan dibuat bukan di bangunan sendiri).
  2. Apakah tindakan PBT jika ada kain rentang tidak ada permit?

    Sekiranya kain rentang tidak ada permit, PBT akan mengambil tindakan penguatkuasaan kompaun dan penurunan iklan di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Iklan dan Notis Amaran Penurunan Iklan.

Lampiran

Tiada Lampiran.