Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

100) PERATURAN MERUNTUHKAN BANGUNAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada 28 Mei 2009 bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya runtuh dan melibatkan kematian beberapa pekerja. Adakah bangunan ini runtuh atau sengaja diruntuhkan?

    Bangunan Jaya Supermarket dalam proses perobohan keseluruhan bangunan apabila keruntuhan yang tidak diduga berlaku.

  2. Apakah peraturan yang dikenakan bagi bangunan seperti super market yang mahu diruntuhkan?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengeluarkan beberapa syarat yang dikenakan kepada pihak konsultan dan kontraktor projek tersebut. Syarat-syarat tersebut termasuk:

    • Mengemukakan insurans perlindungan awam dan perlindungan kemudahankemudahan awam.
    • Mengemukakan ’method statement’ perobohan bangunan serta disahkan oleh pakar perunding kerja-kerja meroboh.
    • Semua kerosakan pada bangunan persekitaran akibat perobohan bangunan hendaklah ditanggung oleh orang yang bertanggungjawab ke atas perobohan itu.
    • Serta beberapa syarat lain yang berkaitan.
  3. Jika pemilik bangunan Jaya Supermarket tidak mematuhi peraturan, apakah tindakan yang diambil?

    Jika pemilik bangunan Jaya Supermarket tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengambil tindakan mengeluarkan Notis Berhenti Kerja untuk kerja-kerja perobohan itu.

Lampiran

Tiada Lampiran.