Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

321) PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH RENDAH/ KAFA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ADN pembangkang dibenarkan untuk dijemput merasmikan mana-mana program dalam sekolah rendah agama atau kafa?

    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan supaya bangunan agama dibawah Jabatan Agama Islam Selangor merangkumi masjid, surau, sekolah agama tidak terlibat dengan sebarang aktiviti dan ahli politik.

  2. Sekiranya tidak dibenarkan, apakah alasan ADN pembangkang tidak dibenarkan untuk dijemput untuk merasmikan program tersebut?

    SRA dan KAFA adalah institut kerajaan yang tertakluk di bawah peraturan berdasarkan ketetapan kerajaan yang memerintah.

Lampiran

Tiada Lampiran.