Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
171) PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berdasarkan maklumat media Perangsang Templer Golf Club telah dimajukan sebagai projek kediaman dan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad turut terlibat. Apakah perincian projek ini?
Tapak cadangan pembangunan semula Kelab Golf Perangsang Templer (KGPT), yang berdaftar atas nama Cash Band (M) Berhad (CBB), anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), masih dalam perancangan untuk dimajukan sebagai projek pembangunan mesra alam dengan anak syarikat SP Setia, iaitu Rockbay Streams Sdn Bhd (RSSB), bagi pembinaan premis kediaman kepadatan rendah dan aspek komersial yang
Sehingga sekarang, cadangan pembangunan semula sedang menjalani proses ‘Syarat Terdahulu’ (Conditions Precedent) untuk mendapat kelulusan daripada semua pihak berkuasa yang berkenaan terhadap pengezonan semula tapak pembangunan, penukaran guna tanah, pemberimilikan tanah, pelan susun atur dan sebagainya.
Anggaran pulangan projek ini bergantung kepada jenis pembangunan yang akan diluluskan adalah dianggarkan berjumlah di antara RM140 juta sehingga RM200 juta.
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap pembangunan semula sesebuah kawasan seperti padang golf?
- Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan penilaian projek pembangunan semula (padang golf) oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), syarikat tersenarai dan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan
Penilaian dibuat di peringkat Pengurusan dan Lembaga Pengarah Syarikat (KPS) berasaskan kepada usaha untuk mempertingkatkan nilai aset dan menambahkan pulangan kepada pemegang saham. Menurut penilaian yang
telah dijalankan, nilai tanah boleh dioptimumkan melalui pembangunan semula Kelab.
-
Apakah impak projek seperti ini terhadap ekonomi Negeri Selangor?
Pembangunan semula tanah terbabit bertujuan membuka kunci nilai strategik aset KPS. Usaha ini akan mendorong kesan pengganda yang tinggi dengan melepaskan potensi ekonomi aset ini sepenuhnya untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang berkembang maju dan berdaya
Pembangunan mesra alam yang lestari adalah pembangunan ekonomi yang sihat yang dapat mengimbangi penggunaan dan penjanaan sumber demi memenuhi keperluan manusia melalui pelaburan baharu sambil menambahbaikkan alam sekitar lestari melalui pembangunan secara berhemah yang mengambil kira kehidupan kini dan akan datang.
Impak lain-lain yang dapat dinikmati termasuk peningkatan aktiviti-aktiviti ekonomi setempat, taraf kehidupan penduduk tempatan, pulangan ke atas pelaburan dan nilai harta tanah. Pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan pembinaan juga akan dapat memperoleh hasil kutipan cukai taksiran dan yuran pembinaan.