Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

107) PERANCANGAN UNTUK PENDUDUK PPR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perumahan PPR adalah rumah transit , yang sepatutnya diduduki sehingga penyewa berkemampuan membeli rumah kos rendah dengan sendirinya . Berapa lamakah penyewa masih menduduki rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan rumah Putra Damai , Lembah Subang

    1. Tujuan pembinaan PPR Kota Damansara dan PPR Taman Putra Damai adalah untuk menempatkan golongan setinggan atau yang tidak berkemampuan memiliki rumah atas faktor-faktor tiada pendapatan tetap, miskin tegar atau hilang tempat bergantung khususnya ibu tunggal atau orang kurang upaya. untuk makluman, pada masa ini tempoh sewaan rumah PPR yang ditetapkan adalah selama dua tahun dan selepas tempoh tersebut penyewa hendaklah mengosongkan unit rumah PPR. walau bagaimanapun, sebahagian besar penyewa yang telah tamat tempoh masih tidak mampu memiliki rumah sendiri dan tidak berpindah keluar dari rumah PPR. oleh itu, tempoh penyewaan adalah bergantung kepada kemampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri dengan mematuhi syarat-syarat penyewaan dan membayar sewa seperti yang telah ditetapkan kepda  sebelum seseorang itu diberikan kemudahan menyewa rumah PPR, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan membuat perjanjian dengan mereka tetapi tiada penekanan diberikan kepada tempoh sewaan. walau bagaimanapun bagi penduduk yang sudah tidak layak menduduki PPR kerana telah memiliki rumah sendiri akan diberi notis untuk berpindah keluar dari PPR tersebut.

     

    Buat masa ini tiada kata putus daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan penjualan unit-unit rumah PPR kepada penyewa-penyewa berkenaan. sekiranya unit rumah PPR tersebut dibuka untuk penjualan maka penyewa-penyewa sedia ada akan diberi keutamaan untuk ditawarkan membeli rumah PPR Kota Damansara dan PPR Taman Putera Damai.

     

  2. Apakah sebab utama mengapa penduduk masih menduduki rumah PPR dan tidak berpindah ke rumah mereka sendiri?

    1. Faktor keselesaan sebab utama penyewa yang sudah memiliki rumah sendiri tetapi masih menduduki rumah PPR Kota Damansara dan PPR Taman Putra Damai. Penyewa yang sudah lama tinggal di PPR merasakan sebagai satu bebanan untuk berpindah keluar kerana ia melibatkan kos selain adanya masalah berkaitan penyelenggaraan di kawasan rumah atau bangunan yang telah dibeli oleh

     

    Selain dari itu, kadar sewa yang terlalu rendah iaitu RM124.00 sebulan menyebabkan penyewa yang mempunyai pendapatan tetap atau tinggi tidak merasai tekanan untuk menanggung bayaran sewa bulanan PPR dan ansuran pinjaman perumahan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Malahan ada yang mengambil  kesempatan  untuk menyewakan rumah milik mereka kepada orang lain semata-mata untuk terus tinggal di PPR. Pelbagai kemudahan disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  di  setiap PPR berbanding tinggal di rumah sendiri di mana mereka perlu menjelaskan pelbagai bayaran seperti cukai pintu, yuran penyelenggaraan, caj Indah Water Konsortium (IWK)  dan sebagainya.

     

    Walau bagaimanapun, ada penyewa-penyewa yang terus tinggal di PPR kerana rumah yang dibeli oleh mereka semasa program pemindahan setinggan telah dipindah milik kepada nama anak selain dilelong oleh pihak bank kerana gagal membayar ansuran pinjaman perumahan.

  3. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan rumah transit PPR ini tidak menjadi penempatan tetap penduduk?

    1. Perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk tidak tinggal terus di  PPR ialah dengan menetapkan kelayakan pemohon untuk menyewa di PPR mestilah  mempunyai pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan dan hanya dibenarkan menduduki rumah itu selama dua tahun sahaja. penduduk yang  menepati syarat tersebut dan tidak mempunyai tunggakan sewa kan dibenarkan memohon untuk melanjutkan tempoh penyewaan rumah PPR. setiap permohonan memperbaharui kontrak penyewaan akan melihat semula kemudahan kadar sewa RM124 sebulan yang diperolehi oleh penyewa sebelum ini. sekiranya penyewa tidak layak lagi diberi kadar sewa Rm124 maka mereka boleh dikenakan pada kara RM250 sebulan. syarat ini bukan sahaja dapat mengawal kegiatan penyewa yang mengambil kesempatan tinggal di PPR walaupun memiliki rumah lain malah memberi peluang kepada orang awam yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang sedang memohon untuk menduduki rumah PPR tersebut.

     

    Perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri ialah dengan menggalakkan pembinaan lebih banyak rumah kos rendah atau mampu milik (Affordable home) bagi  memberi  peluang kepada penduduk PPR membuat pilihan sama ada akan terus menyewa di PPR atau memiliki rumah sendiri dengan membiayai secara ansuran dengan pihak bank. penambahan bilangan ahli keluarga menyebabkan penyewa sedia da  perlu  memiliki  rumah sendiri yang lebih luas dan selesa bagi menampung peningkatan ahli keluarga tersebut. kajian yang dibuat oleh LPHS berkenaan keperluan pembinaan council homes di Negeri Selangor mendapati ada sebahagian penyewa menyatakan minat untuk berpindah keluar dari PPR sekiranya ditawarkan membeli rumah lain yang lebih selesa pada kadar harga yang bersesuaian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.