Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
168) PERANCANGAN SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan jangka masa pendek SFV?
Perancangan jangka masa pendek Selangor Fruits Valley (SFV) adalah mewujudkan satu kawasan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan secara terancang. Jumlah keluasan kawasan yang diusahakan oleh PKPS dengan tanaman buah-buahan (bermusim, tidak bermusim, kontan dan lain- lain) adalah seluas 181
Sehingga 15 Mac 2017 seramai 50 orang usahawan tani telah dipilih untuk mengusahakan tanah di SFV secara sewaan seluas 360 hektar. Kadar sewaan adalah sebanyak RM150/hektar sebulan. Jenis-jenis tanaman yang dibenarkan untuk diusah oleh Usahawan Tani adalah tanaman kontan. Seorang usahawan madu kelulut telah dibenarkan menempatkan 100 buah sarang kelulut (stingless bee hive) dikawasan kelapa pandan PKPS. Tambahan seramai 15 orang usahawan madu kelulut telah dipilih dibawah Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS). SFV berhasrat menjadikannya sebagai Kelulut Valley menjelang akhir 2017. Ianya disusuli dengan mengadakan tempat memproses madu kelulut keluaran SFV.
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian keboleh pasaran SFV sebagai hub agro pelancongan di Selangor?
PKPS berhasrat menjadikan SFV sebagai destinasi Agro Pelancongan (Agro Tourism) mulai tahun 2017. PKPS sentiasa bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dan Tourism Selangor untuk khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan promosi menarik pelancong ke Program Agro Tourism di
Antara aktiviti Agro Tourism yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
- Lawatan ke kebun buah-buahan dan menikmati keenakan buah-buahan tempatan (musim / tidak musim)
- Menyediakan kemudahan pengangkutan ‘tram’.
- Lawatan ke Taman Herba
- Lawatan ke Taman Rusa dan Arnab
- Lawatan ke Plot Madu Kelulut
- Aktiviti air (kenu, boating dan memancing)
- Aktiviti darat (merentas desa, berbasikal dan lain-lain)
- Aktiviti tahunan (mounting biking)
- Kemudahan pusat latihan/seminar/kursus
- Menyediakan kemudahan penginapan (perkhemahan dan chalet)
- Makmal Bioteknologi (menghasilkan klon pokok-pokok buah-buahan dan tanaman hiasan)