Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

166) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan pelancongan di kawasan-kawasan yang berpotensi di Negeri Selangor seperti DUN Sungai Pelek?

    Untuk makluman Yang berhormat, Pantai Bagan Lalang adalah salah satu kawasan pelancongan yang termasuk dalam DUN Sungai Pelek. Kerajaan Negeri melalui MPSepang telah membina Pusat Informasi Pelancongan untuk pelawat mendapatkan informasi berkenaan Daerah Sepang dan MPSepang khususnya. MPSepang turut menganjurkan acara Pesta Pantai yang diadakan setiap bulan Ogos 2 tahun sekali.

    Ladang dan produk-produk buah naga juga adalah antara produk pelancongan di DUN Sungai Pelek. Kerajaan Negeri melalui MPSepang telah menginovasikan produk pelancongan buah naga kepada kepelbagaian keunikan berasaskan buah naga seperti kuih bangkit buah naga, jus ‘dragon breath’, ban roti buah naga dan nasi goreng buah naga. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha buah naga di sekitar daerah Sepang begitu aktif menawarkan pengalaman dan juga jualan kepada para pelancong. Ada juga beberapa ladang buah naga yang dibuka kepada orang awam bagi menjalankan beberapa aktiviti menarik seperti memetik buah naga.

    Pada Tahun 2020, HL Dragon Fruit Eco Farm telah membina mercu tanda “MenaraBuah Naga Terbesar di Malaysia” di Sepang yang telah mendapat pengiktirafan “The Malaysia Book of Records” pada tahun 2021. MPSepang turut bekerjasama dengan pengusaha Homestay Banghuris yang turut terletak di DUN Sungai Pelek.

Lampiran

Tiada Lampiran.