Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
269) PERANCANGAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan infrastruktur di Kampung Telok Gong?
Majlis Bandaraya Diraja Klang telah menyediakan Pelan Induk Infrastruktur dan Kemudahan Masyarakat Telok Gong (BPK 6.1) sebagai rujukan dan perancangan terperinci bagi pembangunan di Telok Gong. Pelan Induk ini mengandungi cadangan dan perancangan pembangunan infrastruktur, utiliti dan kemudahan masyarakat berserta anggaran kos setiap projek dan agensi-agensi pelaksana bagi setiap projek mengikut bidangkuasa kerja masing.
Selain itu, Rancangan Tempatan Bandaraya Diraja Klang 2035 (Pengubahan 1) juga merupakan panduan perancangan Majlis dalam merangka pembangunan di kawasan MBDK termasuk kawasan Telok Gong (BPK 6.1). Ketetapan perancangan didalam RT BDK 2035 (Pengubahan 1) adalah merujuk kepada pelan zon gunatanah dan kelas kegunaan tanah yang ditetapkan.
-
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan rancangan tersebut?
Cabaran yang dihadapi oleh Majlis dan agensi-agensi yang terlibat dengan pelaksanaan pembangunan di Telok Gong adalah :
- Kekangan kewangan dan tiada sumber peruntukan khusus untuk melaksanakan projek-projek yang telah dirancang dan ditetapkan untuk pelaksanaan.
Terdapat beberapa cadangan penyediaan kemudahan masyarakat dan infrastruktur yang melibatkan tanah milik individu dan juga terdapat struktur milik individu yang perlu kepada proses pengambilan balik tanah; contohnya pembinaan jalan dan parit.