Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

29) PERANCANGAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan jawapan soalan Sidang Dewan sesi 2/2022 soalan bertulis no. 18 daripada DUN Pelabuhan Klang apakah status terkini perancangan Pekan Pelabuhan Klang?

    Majlis Perbandaran Klang sedang dalam perancangan kerja-kerja merekabentuk Bandar Pelabuhan Klang untuk projek fizikal ditapak. Projek yang dicadangkan adalah secara berfasa seperti yang berikut:

    • Keutamaan diberi kepada kerja menaiktaraf laluan pejalan kaki dari Jeti Pelabuhan Klang ke Hentian Bas Pelabuhan Klang yang menjadi laluan keluar masuk ke Pelabuhan Klang.
    • Pemasangan papan tanda yang selaras.
    • Menaiktaraf bangunan kedai makan lama yang popular satu ketika dulu di Pelabuhan Klang (Rojak Ghani).
  2. Sejauh manakah perancangan tersebut telah dilaksana?

    Perancangan ini secara dasarnya telah dipersetujui diperingkat Mesyuarat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang yang telah bersidang pada 19 Januari 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.