Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
200) PERANCANGAN MEMPERTINGKAT INFRASTRUKTUR PERTANIAN UNTUK MENJADIKAN KAWASAN SUNGAI BURONG HAB PERTANIAN BERNILAI TINGGI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk mempertingkatkan infrastruktur pertanian di Sungai Burong dalam usaha menjadikan kawasan ini hab pertanian bernilai tinggi di Selangor?
Kerajaan Negeri mengenalpasti kawasan yang sesuai sebagai hub pertanian bernilai tinggi bukan di kawasan Sungai Burong saja mengikut terma di bawah Smart Selangor Agro Park (SSAP), Smart Selangor Agro Farm (SSAF) dan TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan). Banyak tempat yang telah dikenalpasti dan akan dibangunkan mengikut keperluan seperti contohnya di Sungai Air Tawar Kerajaan Negeri akan membangunkan nursery anak benih kelapa matag, pertanian bernilai tinggi, penanaman varieti baru betik dan nanas MD2 serta penternakan udang organik di Sungai Nipah.
Pada ketika ini Sungai Burong adalah hub padi tetapi ia tidak terhad itu saja di mana kerajaan juga akan melihat kewajaran kawasan Sungai Burong sebagai kawasan Agro Pelancongan dan Pertanian Bernilai Tinggi.
Kajian dan Kertas Kerja Peningkatan Hasil di Jelapang Padi Selangor telah dibentangkan untuk diangkat ke mesyuaraat MTES bagi menaiktaraf infrastruktur pengairan jelapang padi Negeri Selangor dengan nilai permohonan sebanyak RM 1,311,755,750.00 [Satu Billion Tiga Ratus Sebelas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Ribu dan Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit] seperti butiran berikut :-
- Insentif Penigkatan Hasil Padi – RM 13,875,750.00
- Sistem Pengairan Dan Saliran – RM 283,100,000.00
- Penambahbaikan Sistem Tersier (Palong) dan Sistem Saliran – RM 1,008,100,000.00
- Penyelanggaran Jalan Ladang – RM 5,300,000.00
- Perolehan Mekanisasi – RM 1,380,000.00