Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

23) PERANCANGAN MEMBINA MASJID BARU DI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prosedur membina masjid baru diamalkan sebelum ini dan huraikan kenapakah masih terdapat tapak masjid yang sepatutnya didirikan masjid telah disewakan kepada pengusaha kereta terpakai atau tidak diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan dan dibiarkan sahaja menjadi semak samun

    i) Prosedur pembinaan masjid baru dalam negeri Selangor Darul Ehsan
    adalah bermula dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) membuat
    kajian keperluan bagi kawasan – kawasan yang mempunyai kepadatan
    umat Islam yang tinggi.

    Apabila terdapat keperluan bagi pembinaan masjid di satu – satu
    kawasan, langkah seterusnya adalah mencari tapak masjid yang
    bersesuaian. PAID akan berhubungan dengan Pejabat Tanah dan
    Daerah (prO) bagi proses mencaritapak masjid yang bersesuaian.

    Setelah tapak bersesuaian bagi didapati, ianya akan dibawa kepada ibu
    pejabat Jabatan Agama Islam Selangor dan dimasukkan ke dalam
    senarai pembinaan masjid untuk tujuan permohonan peruntukan
    daripada Kerajaan Negeri.

    Kemudian, apabila permohonan peruntukan bagi membina masjid
    diluluskan, Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Ke~a Raya (JKR)
    akan membuat proses perolehan dan seterusnya melaksanakan
    pembinaan masjid baru tersebut.

     

    ii) Penyewaan tapak – tapak bagi kegunaan masjid telah dilaksanakan bagi
    memaksimumkan penggunaan tanah kerajaan.

    Penyewaan ini diberi apabila suatu kawasan tersebut belum lagi
    memenuhi keperluan bagi pembinaan masjid.

    Antara bentuk – bentuk penyewaan bagi tapak masjid yang telah
    diluluskan adalah seperti kedai jualan kereta terpakai, kedai perabot,
    kedai makan serta lain – lain bentuk penyewaan yang melibatkan struktur
    separa kekal dan tidak melibatkan pembinaan struktur kekal.

  2. Sila kemukakan butiran terperinci, berapakah tapak Masjid di Selangor yang telah ada dalam senarai untuk di bina tetapi masih dalam peringkat perancangan untuk dibina dan nyatakan kawasan-kawasan manakah akan didirikan masjid - masjid ini?

    Bagi tapak masjid telah sedia ada tetapi pembinaannya masih lagi di dalam
    peringkat perancangan, bilangannya adalah sebanyak 8 tapak, dengan butiran terperincinya adalah seperti berikut:

    Daerah Petaling
    Masjid Seksyen 24, Shah Alam
    Masjid Tun Uda Seksyen 16, Shah Alam

    Daerah Gombak
    Masjid Kampung Melayu, Sungai Buloh
    Masjid Selayang Pandang, Selayang

    Daerah Klang
    Masjid Johan Setia

    Daerah Kuala Langat
    Masjid Sungai Manggis
    Masjid Batu 9, Kebun Bharu

    Daerah Kuala Selangor
    Masjid Parit 2, Sungai Burong
    Masjid Tambak Jawa, Sungai Sembilang

  3. Bagi memakmurkan masjid agar sentiasa digunakan selain untuk bersembahyang apakah cadangan-cadangan Kerajaan Negeri bagi meninggikan lagi fungsi setiap Masjid dan sekiranya ada, bilakah ianya akan mula dilaksanakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.