Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

67) PERANCANGAN KHUSUS BAGI PENYELESAIAN ANJING LIAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan melibatkan kes-kes anjing liar di seluruh Selangor?

    Jumlah aduan melibatkan kes anjing liar yang di laporkan bagi setiap PBT adalah seperti berikut:

    PBT 2014  

    2015

    (sehingga 15 Mac 2015)

    MBSA 812 161
    MBPJ 838 136
    MPSJ 1502 272
    MPK 1,993 411
    MPS 754 383
    MPAJ 520 132
    MPKJ 2019 45
    MPSP 309 76
    MDKL 217 43
    MDKS 67 21
    MDHS 247 14
    MDSB 55 11
    JUMLAH 9,333 1,705
  2. Sejauh manakah keberkesanan tindakan rondaan dan penangkapan anjing liar yang dilakukan oleh PBT?

    Tindakan rondaan dan penangkapan anjing berkeliaran yang dijalankan oleh pihak PBT dapat menangani atau mengurangkan permasalahan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar.

  3. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan anjing liar?

    Kerajaan Negeri akan menggunapakai Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Antara langkah yang telah dan akan diambil adalah seperti di berikut :-

    1. Menjalankan operasi tangkapan anjing terbiar di lokasi-lokasi yang diadukan dan kawasan sekitar dengan penggunaan umpan dan perangkap, sumpitan pelali, penjerut.
    2. Melantik kontraktor bagi penangkapan anjing berkeliaran.
    3. Menubuhkan pasukan kawalan anjing
    4. Melaksanakan program KEMBIRI melalui sistem pelesenan anjing seperti yang dijalankan oleh MPS
    5. Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pelesenan anjing.
    6. Menguatkuasakan program pemandulan dalam sistem pelesenan anjing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.