Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
177) PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENGELAK BANJIR BESAR KHUSUSNYA DI KAWASAN YANG DIKELILINGI SUNGAI DAN BERHAMPIRAN LAUT SEPERTI SELAT KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan kawasan penduduk yang padat dan di bawah aras air laut dilindungi dari bencana bah besar ?
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan persediaan yang dilakukan bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat bah besar terutama di kawasan padat dan rendah adalah melalui langkah-langkah struktur dan bukan struktur. Bagi langkah-langkah struktur adalah pembinaan infrastruktur tebatan banjir seperti :
- Mendalamkan dan melebarkan sungai untuk aliran sungai yang
- Membina kolam takungan
- Pengukuhan tebing bagi mengelak dan mengawal hakisan
- Menaiktaraf sistem perparitan di kawasan padat penempatan dan kawasan yang sering
- Mewajibkan syarat-syarat MASMA dalam mana-mana permohonan pembangunan.
- Mematuhi dan mewajibkan syarat-syarat kelulusan teknikal bagi permohonan lintasan (paip, kabel, jalanraya, jambatan dan lain-lain) yang melintasi sungai agar tidak menghalang kelancaran aliran
- Larangan pencerobohan/binaan bangunan di atas rizab sungai serta dalam kawasan dataran
- Pembinaan ban keliling bagi melindungi kawasan rendah dan mudah
- Penyediaan pam juga perlu diadakan untuk mengepam air keluar daripada kawasan
Manakala langkah bukan struktur adalah untuk mengurangkan kesan banjir dengan menyebarkan amaran awal banjir supaya rakyat yang tinggal di kawasan rendah boleh bersedia dan pengurusan bantuan bencana banjir dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antara sistem amaran awal banjir termasuk infrastruktur rangkaian sistem telemetri hujan dan aras air, siren dan papan amaran banjir serta penyebaran maklumat banjir melalui laman web public infobanjir. Penubuhan Jawatankuasa Taskforce Banjir juga merupakan salah satu tindakan komprehensif Kerajaan Negeri bagi menangani isu kebarangkalian bah besar di seluruh kawasan DUN Selat Klang.
Stesen telemetri turut ditubuhkan bagi memantau paras sungai dan taburan hujan. Sistem telemetri berkeupayaan mengutip dan menerima maklumat data hidrologi secara automatik dan memaparkan dalam laman sesawang http://infobanjir.water.gov.my.
-
Adakah kerajaan akan membina benteng di persisiran sungai di Kampung Delek dan Sg Udang?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor telah melaksanakan projek pembinaan benteng dan parit borrowpit di sepanjang 10 KM bermula dari Kampung Sungai Bertih hingga ke Kampung Sungai Sireh termasuklah Kampung Delek dan Kampung Sungai Udang bagi mencegah banjir akibat limpahan air Sungai Klang.
Selain itu Pintu Kawalan Pasang Surut (PKPS) juga telah dibina bagi mengelakkan kemasukan air Sungai Klang ke kawasan penduduk dan juga laluan keluar air bagi sistem saliran penduduk ke Sungai Klang.
Walau bagaimanapun tiada rekod banjir yang dicatatkan akibat limpahan air Sungai Klang yang melepasi benteng sedia ada. Untuk makluman, pada kebiasaannya pelaksanaan satu projek bergantung kepada keutamaan dari segi outcome projek tersebut termasuk kesan ekonomi dan sosial.