Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

181) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik di DUN Teratai dalam tahun 2013-2015?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) bagi kawasan Lembah Klang ketika ini masih lagi mengenal pasti tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang strategik untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus bagi penyediaan rumah mampu milik di DUN Teratai.

  2. Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri untuk pusat sukan DUN Teratai dalam tahun 2013?

    Kerajaan Negeri masih belum merancang untuk membina pusat sukan DUN Teratai bagi tahun ini. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia menimbang sebarang permohonan atau cadangan untuk membina pusat sukan di kawasan tersebut.

     

  3. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri dalam perkara (b) dan sila bekalkan jadual pelaksanaan?

    Sama seperi di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.