Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

91) PERANCANGAN JANGKA PANJANG MENGENAI MASALAH HASIL PADI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Saya ingin bertanya kepada EXCO Pertanian, apakah solusi jangka pendek dan perancangan jangka panjang mengenai masalah hasil padi yang semakin teruk saban musim di DUN Sabak?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor , bekerjasama dengan Agensi IADA Barat Laut Selangor dalam usaha  dan perancangan peningkatan hasil padi projek tanaman padi di Selangor. Antara usaha dan inisiatif yang dirangka untuk mengatasi masalah hasil padi di Negeri Selangor seperti berikut:

    Perancangan Jangka Pendek :-

    1. Menggalakkan penggunaan varieti padi yang seragam
    2. Menyelaraskan penjadualan tanaman secara seragam
    3. Menggalakkan kawalan perosak secara bersepadu bersama kelompok petani
    4. Menggalakkan kepada pesawah untuk menuai padi tepat pada masanya

    Perancangan Jangka Panjang :-

    1. Mencadangkan ubahsuai jadual tanaman di kawasan IADA khususnya di ISA 4 (Irrigation Service Area) untuk mengoptimunkan penggunaan air tanpa pembaziran serta dapat menyeragamkan pengurusan jentera, benih dan racun dengan lebih effisen kerana jadual masa yang lebih teratur
    2. Memperbaiki dan menaiktaraf infrastruktur pengairan di kawasan IADA Barat Laut Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.