Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

21) PERANAN SUKA DALAM FASA ENDEMIK

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dirancang oleh kerajaan untuk para sukaralewan SUKA memandangkan negara sudah masuk ke fasa endemik?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Pandamaran (N47) No.244

    Seperti yang telah kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) pada Jun 2021 yang telah ditubuhkan di semua 56 DUN di negeri Selangor.

    Misi SUKA ialah untuk untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sihat sejahtera dalam aspek fizikal dan mental melalui aktiviti dan program setempat yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesedaran orang awam.

    Sejak awal penubuhan SUKA lagi, peranan SUKA tidak hanya dihadkan kepada membantu dalam aspek pencegahan dan rawatan untuk COVID-19 sebaliknya merangkumi aspek-aspek kesihatan yang lain seperti yang terkandung dalam objektif penubuhan SUKA. Antara objektif penubuhan SUKA ialah :

    • Membantu mengurangkan insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit,
    • Mempromosikan dan menggalakkan budaya gaya hidup sihat melalui pelbagai platform kepada masyarakat setempat,
    • Menjadi penghubung dan pemudahcara bagi menyampaikan informasi berkenaan program dan insentif Kerajaan Negeri berkaitan aspek kesihatan kepada masyarakat setempat.
    • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran

    Selari dengan peralihan fasa Covid-19 daripada pandemik kepada endemik pada akhir tahun ini, peranan SUKA akan dipertingkatkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian yang akan berfokus kepada kempen dan advokasi, promosi gaya hidup sihat, kesihatan mental, kesihatan persekitaran, pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit, program kepada kanak-kanak dan warga emas dan lain-lain.

    Peranan SUKA di fasa endemik juga akan ditumpukan kepada advokasi dan kempen berkenaan kesihatan persekitaran sesuai dengan Pelan Tindakan State Environmental Health Action Plan (SEHAP) di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Selain itu, semua anggota SUKA juga akan berterusan menjalani latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kapasiti anggota SUKA dalam bidang kesihatan awam ini.

    Soalan No.244 (b) dari Yang Berhormat Pandamaran juga ada bertanyakan mengenai jumlah peruntukan bagi pelaksanaan program SUKA ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2021, bagi melaksanakan projek rintis SUKA ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1,214,400.00. Daripada jumlah ini, sebanyak RM50,000.00 telah digunakan bagi tujuan latihan kepada koordinator dan ahli SUKA, sebanyak RM18,000.00 diberikan kepada setiap Dun bagi pengurusan program berkaitan yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1,008,000.00 manakala bakinya digunakan bagi tujuan pembelian vest, kit sukarelawan dan aktiviti promosi program SUKA di seluruh negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.