Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
38) PERANAN SSIC
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peranan SSIC dan hubungan kerja dengan MIDA dalam usaha untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor.
Peranan SSIC dalam usaha menarik pelaburan adalah seperti berikut;-
- Mengenalpasti projek-projek yang berpotensi untuk dilaksanakan di Negeri Selangor
- Mengenalpasti pelabur-pelabur baru dan menjalin kerjasama strategik dengan pelabur sedia ada bagi menarik pelabur baru.
- Untuk melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan Negeri berkaitan pelaburan dan perindustrian di Negeri Selangor.
- Untuk mengemaskinikan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti pelaburan dan perindustrian di dalam negeri.
- Untuk memberikan khidmat nasihat kepada para pelabur berkaitan hal-hal dan proses pelaburan di Negeri Selangor.
- Untuk menyelaras lawatan pelabur-pelabur baru ke Negeri Selangor.
- Untuk membantu di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelabur-pelabur baru dan sediada.
- Untuk merancang misi pelaburan Kerajaan Negeri ke luar negara dan menerima misi pelaburan dari luar negeri ke Negeri Selangor
- Untuk mengambil tindakan susulan berdasarkan laporan misi pelaburan ke luar negara.
- Untuk menyertai misi pelaburan yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
- Untuk bertindak sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perindustrian Negeri Selangor.
- Memproses Permohonan Surat Tiada Halangan bagi cadangan projek perkilangan di Negeri Selangor xiii. Mempromosikan kawasan-kawasan industri baru
Hubungan SSIC dengan MIDA.
SSIC sentiasa berhubung rapat dan bekerjasama dengan pihak MIDA dalam membantu merealisasikan cadangan projek-projek pelaburan di Negeri Selangor disamping membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelabur. SSIC akan membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri dan pihak MIDA akan membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.
SSIC juga menjadi tempat rujukan bagi pihak MIDA untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-hal pelaburan di Negeri Selangor untuk tujuan promosi dan sebagainya.
Bagi mempromosikan negeri Selangor, SSIC juga turut menyertai programprogram lawatan promosi pelaburan dan perdagangan ke luar negara yang dianjurkan oleh pihak MIDA.
-
Apakah sektor yang menjadi pilihan dan nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012?
Antara sektor yang menjadi pilihan dan jumlah pekerjaan yang diwujudkan bagi tempoh Januari hingga April 2012 adalah seperti berikut;-
Jan-April 2012 Pelaburan Jumlah Modal Industri Peluang Pelaburan Projek Tempatan pelaburan Pekerjaan Asing (RM) (RM) (RM) Transport Equipment 16 2,821 2,179,080,779 48,727,143 2,227,807,922 Machinery & Equipment 8 692 123,315,928 307,509,480 430,825,408 Basic Metal Products 6 686 381,212,444 18,819,000 400,031,444 Chemical & Chemical Products 14 758 239,631,119 80,656,259 320,287,378 Paper,Printing & Publishing 2 286 55,928,129 148,880,000 204,808,129 Food Manufacturing 6 441 89,504,609 90,766,848 180,271,457 Beverages & Tobacco 1 438 42,756,664 109,945,705 152,702,369 Electronics & Electrical Products
5 400 67,168,335 62,106,576 129,274,911 Plastic Products 5 494 37,505,242 57,123,567 94,628,809 Furniture & Fixtures 4 268 64,114,081 17,449,200 81,563,281 Rubber Products 4 474 63,641,000 15,423,285 79,064,285 Fabricated Metal Products 8 366 29,355,912 43,038,265 72,394,177 Non-Metallic Mineral Products 3 97 68,931,386 2,021,433 70,952,819 Textiles & Textile Products 3 402 25,138,026 23,894,163 49,032,189 Scientific & Measuring Equipment 1 39 24,305,798 0 24,305,798 Wood & Wood Products 2 160 10,849,050 3,760,000 14,609,050 Leather & Leather Products 1 12 10,118,000 0 10,118,000 Petroleum Products (Inc. Petrochemicals) 1 2 2,051,000 3,809,000 5,860,000 Jumlah 90 8,836 3,514,607,503 1,033,929,923 4,548,537,426 Sumber : MIDA