Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
36) PERANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Walaupun kini terdapatnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat yang akan menyelaraskan kesemua sistem pengangkutan Awam , tetapi pihak Negeri juga harus bertindak menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi . Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sistem perkhidmatan basnya yang tersendiri ?
Kerajaan Negeri masih belum mempunyai sebarang perancangan bagi melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma memandangkan kos pelaksanaan yang tinggi. Namun begitu Kerajaan Negeri masih mengkaji dan sentiasa melihat kebarangkalian bagi menyediakan kemudahan tersebut. Oleh yang demikian, pelbagai faktor harus diambil kira oleh Kerajaan Negeri seperti keluasan kawasan liputan dan sambutan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan boleh menjadi penggerak utama untuk melaksanakan suatu perkhidmatan bas yang cekap di bandar ?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu penggerak utama untuk melaksanakan perkhidmatan bas yang cekap di bandar. Bagi pentadbiran Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merupakan PBT yang pertama menyediakan perkhidmatan bas komuniti kepada penduduk di kawasan pentadbiran MBPJ yang berpendapatan rendah dan warga emas. Perkhidmatan ini diberikan dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2.30 petang dan hanya berkapasiti seramai 30 orang.