Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
158) PERANAN PENGARAH PENERANGAN PEJABAT MENTERI BESAR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan Pengarah penerangan Pejabat Menteri Besar dalam membantu menyebarluaskan informasi kerajaan Negeri Selangor.
Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor dilantik untuk memastikan maklumat pembangunan negeri sampai ke akar umbi terutama di kawasan kampung dan desa yang banyak bergantung pada media arus perdana yang kurang memberi liputan adil kepada Kerajaan Negeri.
Beliau juga bertindak sebagai penyelaras PIKOM bagi memastikan kerja penerangan negeri kini lebih teratur. Bersama PIKOM, Pengarah Penerangan bukan sekadar untuk menyebarkan maklumat terbaharu berhubung kerajaan negeri tetapi untuk menyaingi publisiti negatif yang lazimnya dilontarkan oleh pelbagai media terutama media arus perdana yang cenderung melemahkan persepsi rakyat berhubung keupayaan, keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Jawatan Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor juga diadakan untuk membina hubungan secara peribadi (contact inter-personel) dengan rakyat di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan dengan cara yang lebih teratur.
-
Apa pula pencapaian JKKK dan TV Selangor dalam membantu melebar luaskan informasi pembangunan negeri Selangor
Internet TV masih lagi medium (avenue) baharu untuk rakyat Malaysia dalam mendapatkan informasi semasa. Oleh itu, penyebaran maklumat melalui internet TV masih lagi terhad. Pada tahun ini sahaja, TV Selangor telah menerima seramai 848,083 pelawat (unique visitors) dan 110 juta capaian (hits). Angka ini membanggakan walaupun TV Selangor telah digodam beberapa kali pada akhir Mei, awal Jun dan akhir September tahun ini. Pada bulan Oktober sahaja TVS menerima 15.6 juta
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk tujuan informasi rakyat.
Secara pukal tugas untuk merakyatkan informasi bermula Mac 2009 dengan tertubuhnya CCSB dan peruntukan untuk memulakan operasi, termasuk infrastruktur, latihan serta lain-lain kos sehingga hari ini ialah RM9.2 juta.