Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

180) PERANAN PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah penasihat Ekonomi dapat membantu dalam pembangunan ekonomi negeri?

    Penasihat Ekonomi mempunyai pengalaman yang lama dan pada tahap tertinggi di dalam Kerajaan. Beliau juga mempunyai pengalaman di peringkat badanbadan dunia seperti UNESCO dan Bank Dunia.

    Selama 16 tahun di dalam kerajaan, beliau telah mahir dalam selok belok birokrasi dan boleh mengambil pengajaran mengenai pendekatan yang berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan berpandukan pengalaman beliau.

    Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mentadbir buat penggal yang pertama dan banyak mengguna pakai nasihat beliau mengenai pendekatan dan kaedah pelaksanaan yang berkesan.

  2. Sila nyatakan contoh sumbangan yang berjaya dibawa oleh penasihat ekonomi negeri.

    Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengangkat dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebagai dasar utama pentadbiran kerajaan negeri. Ini adalah satu anjakan yang besar berbanding dengan kerajaan sebelum ini yang mengaut kekayaan negeri tetapi tidak sampai kepada rakyat.

    Penasihat Ekonomi memainkan peranan utama di belakang tabir yang menekankan pendekatan dasar ekonomi pro-rakyat seperti ini. Penasihat Ekonomi menghabiskan masa yang banyak untuk membuahkan dasar-dasar yang terus menjaga kebajikan rakyat, termasuklah pengenalan skim mikrokredit kepada rakyat.

    Sumbangan beliau yang terus menentukan keutamaan yang nyata kepada Kerajaan Negeri banyak membantu kejayaan dasar-dasar ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.