Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
259) PERANAN PBT DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan yang di mainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam memastikan gejala sosial yang berlaku sekarang ini dapat dibendung terutamanya dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah kekuasaannya
PBT secara berterusan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap aktiviti pusat refleksologi, pusat siber, hotel-hotel dan pusat hiburan yang mana kuasa PBT adalah lebih menjurus kepada pelesenan perniagaan. Sekiranya sesuatu premis didapati tidak berlesen maka semua peralatan akan disita dan akan di kompaun. Bagi premis yang berlesen, sekiranya wujud perlanggaran syarat pemegang lesen boleh di kompaun. Jika didapati perlanggaran syarat dilakukan berulang kali, lesen boleh dibatalkan. Walau bagaimanapun, bagi penguatkuasaan yang tidak diperuntukkan di bawah kuasa PBT, bantuan agensi lain seperti JAIS. Imigresen dan PDRM akan dimohon bagi memastikan objektif membanteras gejala sosial dapat dicapai.