Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
163) PERANAN PBT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan PBT dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Selangor dalam fasa ke-4?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan pemantauan rutin seperti rondaan dan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan Perundangan PBT (Undang-undang Kecil) yang sedia ada.
PBT juga menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sepertimana penurunan kuasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, PBT juga menyertai operasi bersepadu dan pemantauan pematuhan SOP COVID-19 di kawasan PBT bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan pematuhan SOP COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama di sektor pengilangan seperti kilang, asrama pekerja, dan tapak pembinaan.
Antara usaha-usaha lain yang dilaksanakan oleh PBT bagi mengekang penularan COVID-19 di Selangor adalah seperti berikut:
- Melaksanakan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di premis-premis perniagaan seperti pengambilan suhu badan sebelum memasuki premis, pengimbasan kod MYSEJAHTERA, pemantauan jarak SOP dan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa;
- Menyediakan dewan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan COVID-19 Assesment Centre (CAC);
- Membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat siasatan kes positif dan kontak rapat;
- Membantu PKD untuk active case detection(ACD) di lokaliti PKPD dari semasa ke semasa;
- Membuat hebahan dan taklimat mengenai SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
- Menjalankan aktiviti disinfeksi ke atas premis-premis di bawah jagaan Majlis dari semasa ke semasa; dan
- Betugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan di COVID-19 Assesment Centre (CAC)
-
Berapa banyakkah kilang yang diarah tutup akibat pelanggaran SOP sepanjang tahun 2021? Senaraikan mengikut PBT.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, operasi bersepadu di sektor perkilangan telah diketuai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. Jabatan-jabatan di PBT sentiasa memberi kerjasama dalam setiap operasi yang dilaksanakan. Terdapat juga operasi yang dilaksanakan sendiri oleh PBT dalam memantau pematuhan SOP dan syarat lesen yang telah diberikan. Berikut adalah jumlah kilang yang diarahkan tutup sepanjang tahun 2021 mengikut PBT :
PBT Jumlah kilang yang diarah tutup akibat pelanggaran SOP sepanjang tahun 2021 MBSA TIADA MBPJ 8 MBSJ TIADA MPAJ 13 MPK 86 MPS 8 MPKj 7 MPSp 8 MPKL 5 MPKS 38 MPHS 39 MDSB TIADA JUMLAH 212