Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
209) PERANAN PBT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan PBT dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Selangor?
Peranan PBT dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di Negeri Selangor antaranya adalah seperti berikut:-
- Melaksanakan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di premis-premis perniagaan seperti di pasar raya, pasar awam, tapak pasar malam, pusat perindudtrian dan sebagainya;
- Menyertai operasi bersepadu yang dikenali sebagai OPS PATUH yang diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 yang berpunca daripada sektor pengilangan sepeti kilang; asrama pekerja; premis perniagaan dan tapak pembinaan.
- Menyediakan dewan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Covid-19 Assesment Centre (CAC);
- Membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat siasatan kes positif dan kontak rapat;
- Membantu PKD untuk active case detection (ACD) di lokaliti PKPD dari semasa ke semasa;
- Membuat hebahan mengenai SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
- Menjalankan aktiviti disinfeksi ke atas premis-premis di bawah jagaan Majlis dari semasa ke semasa;
- Memantau pematuhan SOP dan mengambil tindakan kompaun ke atas pihak yang ingkar;
- Betugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan di Covid-19 Assesment Centre(CAC).
-
Berapa banyakkah kilang yang diarah tutup akibat pelanggaran SOP? Senaraikan mengikut PBT.
Kilang yang diarah tutup dari beroperasi akibat pelanggaran syarat SOP MKN sejak 25 Jun 2021 oleh PDRM adalah sebanyak 150 buah premis kilang. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:-
BIL. PBT JUMLAH PREMIS KILANG DIARAH TUTUP 1. MPK 53 2. MPS 42 3. MPKS 20 4. MPAJ 14 5. MBPJ 8 6. MPKL 7 7. MBSA 6 8. MBSJ Tiada 9. MPKj Tiada 10. MPSp Tiada 11. MDHS Tiada 12. MDSB Tiada JUMLAH KESELURUHAN 150 *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah tindakan PBT setelah menerima aduan? Tindakan apakah yang dikenakan terhadap pesalah?
Tindakan PBT sekiranya menerima aduan adalah PBT akan menyiasat segala aduan yang diterima dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik premis sekiranya didapati melakukan sebarang pelanggaran SOP. PBT juga akan menjalankan rondaan bersama pihak PDRM dan agensi penguatkuasaan yang lain. Antara tindakan yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah seperti berikut:-
- Kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020; dan
- Penutupan premis di bawah Sekyen 18(1) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988