Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
157) PERANAN MASJID TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil untuk memperkasa peranan masjid terhadap golongan asnaf dan kumpulan B40 di qariah masing-masing?
Langkah wajar untuk memperkasa peranan masjid terhadap golongan asnaf dan B40 adalah dengan menjadikan masjid sebagai Pusat Komuniti Setempat, Pusat Keperihatinan Sosial dan Pusat Pengkalan Data Maklumat Ahli Kariah dengan antara lain melaksanakan program berikut :-
- Bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam pelaksanaan program pembangunan asnaf
- Melaksanakan kelas dan guru tiusyen untuk anak-anak asnaf dan B40
- Pelaksanaan Program Celik Al-Quran Dan Bimbingan Kerohanian (Tahsin Ibadah)
- Program pembangunan kerohanian dan ilmu
- Insentif bantuan anak-anak asnaf dan B40 cemerlang
- Penganjuran kelas latihan kemahiran dan vokasional
- Pelaksanaan Program Gerobok Rezeki
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti pelajar selepas pulang dari sekolah?
Ya ada, selaras dengan fungsi masjid sebagai Pusat Komuniti Setempat dan Pusat Keprihatinan Sosial. Pewujudan Pusat Transit Akademik atau pusat aktiviti pelajar selepas pulang dari sekolah di masjid adalah selari dengan fungsi tersebut. Beberapa buah masjid juga telahpun melaksanakan program tersebut dan wajar diperluaskan di masjid-masjid yang lain seperti Masjid As-Syarif Meru, Masjid Ara Damansara dan Masjid Kolej Islam Malaysia.