Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
13) PERANAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membendung penularan COVID-19 yang semakin tinggi dan membimbangkan di Negeri Selangor?
Sebuah pasukan petugas khas Greater Klang Valley (GKV) Task Force telah diwujudkan bagi penyelarasan strategi yang bersepadu untuk membendung penularan COVID-19 yang melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Antara strategi-strategi yang diambil bagi menguruskan pesakit-pesakit di GKV adalah:
i. Meningkatkan pengesanan pesakit bergejala dalam masa 24-48 jam dari masa simptom bermula dengan mempertingkatkan kemudahan saringan bagi individu-individu bergejala dengan memperbanyak dan memudahkan capaian kepada kit ujian RTK-Ag di peringkat lapangan.
ii. Mengasingkan dan mengkuarantin pesakit dan kontak rapat dengan berkesan.
iii. Bekerjasama dengan pihak majikan bagi menguruskan pekerja-pekerja kilang yang didapati positif termasuk untuk penilaian harian bagi kes-kes bersimptom
iv. Memantau kes-kes simptomatik dengan berkesan dan merujuk kes kategori 3 ke atas ke hospital untuk rawatan
v. Menggerakkan bantuan anggota kesihatan dari agensi kerajaan dan jabatan yang lain untuk menampung keperluan di hospital, PKD dan CAC dan mana-mana fasiliti yang memerlukan.
vi. Memperkasakan komuniti dalam membantu menguatkuasakan SOP dan bantuan kepada individu/keluarga yang terkesan menerusi latihan kepada ketua-ketua masyarakat dan sukarelawan
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap syarikat dan kilang yang melanggar SOP berulang kali?
Tindakan yang diambil terhadap syarikat/ kilang yang melanggar SOP berulang kali adalah PBT akan melaporkan maklumat syarikat/ kilang terlibat kepada pihak PDRM dan MITI. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh agensi yang diberi kuasa adalah:-
(1) Mengenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020;
(2)Penutupan premis di bawah Sekyen 18(1) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.