Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

238) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP KEHIDUPAN BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, core business STANDCO Kehidupan Bandar adalah bagi memperkasakan skop perumahan dalam menangani masalah dan isu berkaitan perbandaran terutamanya yang melibatkan pembangunan perumahan bertingkat.

  2. Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tiada KPI STANDCO Kehidupan Bandar yang ditetapkan bagi tahun 2013-2014 memandangkan STANDCO Kehidupan Bandar hanya mula dilaksanakan pada tahun 2015

  3. Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tiada KPI STANDCO Kehidupan Bandar yang gagal dilaksanakan memandangkan STANDCO Kehidupan Bandar hanya mula dilaksanakan pada tahun 2015

Lampiran

Tiada Lampiran.