Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

191) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Bidang tugas Standco ini adalah seperti berikut;-

    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap IKS sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi menentukan program-program;
    • Menetapkan dasar dan polisi baru bagi meningkatkan perdagangan dalam dan luar negara; dan
    • Memantau dan menilai program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun;
    • Lain-lain tugas yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  2. Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?

    KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014 seperti berikut;-

    Perkara KPI 2013 KPI 2014
    Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian
    Perlaksanaan

    Program

    31 29 82 78
    Bilangan

    Mesyuarat

    3 3 3 3
  3. Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?

    KPI yang gagal memenuhi sasarannya adalah dari segi perlaksanaan program di mana terdapat beberapa program tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kekangan masa dan ketidaksesuaian program pada masa tersebut. Antara program-program yang tidak dapat dilaksanakan seperti berikut;-

     

    Program-program yang tidak dapat dilaksanakan bagi tahun 2013 dan 2014

    Bil. Program Objektif Status
    Tahun 2013
    1. Special Hi-Tea With Group Of Investors

    ·         Singapore

    ·         Australia

    ·         United Kingdom

    ·         Taiwan

    Menjadi landasan bagi industri menyampaikan isu / permasalahan                                         yang dihadapi. Tunda
    2. Cocktail Hi-Tea With Existing MNC Expand in 2012 Majlis penghargaan kepada pelabur yang menambah pelaburan di Negeri

    Selangor

    Tunda
    Tahun 2014
    1. Misi Penggalakan Pelaburan Ke Luar Negara:

    1.      Eropah

    o   Switzerland & Italy

    o   Germany & Netherland

    o   Belgium & Germany

    2.      United State of America

    3.      Asia Tenggara

    o                     Philippines

    o                     Thailand

    ·      Penyertaan dalam misi penggalakan pelaburan anjuran MIDA.

    ·     Misi penggalakan pelaburan anjuran SSIC dan diketuai oleh YAB Dato’ Menteri Besar / EXCO.

    ·     Menarik para pelabur dari negara-negara yang dilawati.

    ·     Mempromosi Selangor sebagai pusat perindustrian.

    ·     Mengeratkan jalinan

    kerjasama dan menambah Networking

    Tangguh

     

    2. Mesyuarat                                     PEMUDAH Selangor Membincangkan        isu-isu keberkesanan      sistem

    penyampaian          (delivery system)     dan     polisi-polisi kerajaan                           berkaitan pembangunan perindustrian,                   perumahan

    dan perdagangan.

    Tangguh
    3. Annual Networking Meeting with FMM Selangor Menjalinkan hubungan bersama dan merangka program pada masa akan

    datang.

    Tangguh
    4. Luncheon With Foreign Embassies & Business Chamber Of Commerce Menjalinkan hubungan baik di antara pihak Kerajaan Negeri dengan dewan

    perniagaan.

    Tangguh

Lampiran

Tiada Lampiran.