Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
257) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP HAL-EHWAL PENGGUNA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah core business Standco ini?
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan usaha berterusan bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap isu semasa melalui kempen-kempen kesedaran dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Program utama di bawah Jawatankuasa ini adalah Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Kempen Pengurangan Beg Plastik dan Polistrene, Program Bazar Ramadhan Mampan, Program Jelajah Kepenggunaan dan hebahan risalah berkaitan Kepenggunaan.
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
KPI bagi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti yang di Lampiran 1.
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
Sama seperti di SUB (b)