Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

164) PENYURAIAN KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pelan pengangkutan baru atau mengkaji semula pelan pengangkutan sedia ada?

    Kerajaan Negeri dalam peringkat cadangan untuk melaksanakan kajian dan semakan semula Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) bagi memastikan maklumat yang terkandung kekal relevan dan boleh dijadikan dokumen rujukan bagi pembangunan pelan induk pengangkutan awam di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

  2. Apakah perancangan meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di kawasan selatan Selangor supaya dapat mengatasi kesesakan jalan raya di kawasan tersebut?

    Kerajaan Negeri dalam perancangan menyediakan sebuah pelan pengangkutan awam yang komprehensif. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan jaringan pengangkutan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan ‘First Mile, Last Mile’. Pelan ini tidak hanya memfokuskan kepada mod pengangkutan seperti bas, rel, teksi, atau e-hailing sahaja, tetapi juga merangkumi semua aspek dalam satu ekosistem yang melibatkan infrastruktur lain seperti perhentian bas, hab pengangkutan awam, mikromobiliti, e-skuter, dan laluan pejalan kaki. Inisiatif ini    bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya dan meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan memperbaiki aksesibiliti dan keselesaan penggunaan pengangkutan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.