Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

29) PENYERAPAN INSTITUT KEMAHIRAN YAYASAN SELANGOR (IKYS) DALAM KOLEJ INPENS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan rasional Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) diserapkan ke dalam Kolej INPENS. Berapakah jumlah penuntut yang terlibat dan apakah jaminan kebajikan para penuntut IKYS akan dipelihara.

    Rasional IKYS diserapkan ke dalam INPENS adalah Program Kemahiran yang sama, Kelengkapan Peralatan dan bahan Pembelajaran lengkap dan struktur premis lebih strategik dan praktikal sebagai pusat pengajian

    Jumlah penuntut yang terlibat:

                IKYS Premis boleh menampung bilangan pelajar untuk 1 sesi

    pengambilan adalah seramai maksimum 75 orang pelajar sahaja

     

    INPENS Premis boleh menampung bilangan pelajar untuk 1 sesi pengambilan adalah seramai 500 orang pelajar

    Jumlah semasa pelajar IKYS ke INPENS Bagi Sesi Julai 2010 :

    • Penyaman Udara             :  6 orang
    • Pendawai Elektrik (PW2) : 39 orang

    45 orang

    Jaminan kebajikan para penuntut IKYS akan dipelihara

    • Penginapan
    • Aktiviti Pelajar
    • Pinjaman Pendahuluan
    • Peluang Pekerjaan

Lampiran

Tiada Lampiran.