Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
203) PENYERAPAN GST DI PBT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri Selangor menyerap GST bagi cukai-cukai di PBT?
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 20 / 2015 pada 24 Jun 2015 telah menimbang dan menolak cadangan untuk menyerap Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian untuk melaksanakan langkah tersebut?
Terdapat satu kajian oleh Perbendaharaan Negeri Selangor iaitu Kenaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) Terhadap Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Kajian ini meliputi penelitian terhadap pendapatan kesemua PBT Negeri Selangor iaitu anggaran pendapatan yang telah dibajetkan pada tahun 2015 mengikut tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Pelbagai
Berdasarkan peraturan semasa di bawah Akta 762, mana-mana pihak yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah kerangka GST Malaysia hendaklah mengenakan GST terhadap output barangan dan perkhidmatan bercukai yang disediakan untuk pelanggannya. Pihak tersebut selanjutnya dibenarkan untuk menuntut semula sebagai kredit apa-apa GST yang dikenakan dalam belian-belian yang menjadi input kepada perniagaannya. Cukai yang dituntut semula dinamakan sebagai Input Tax. Memandangkan PBT juga merupakan pihak yang layak menuntut kembali Input Tax yang telah dibayar. Antara perkhidmatan yang dikenakan GST di PBT adalah seperti Perolehan dari Jualan Barang dan Sewaan. Butir-butir lanjut adalah seperti di bawah :
KLASIFIKASI AKTIVITI KOD OBJEK Perolehan dari Jualan Barang (73000) Jualan Borang Tender 73105 Jualan Dokumen dan Pelan 73120
Jualan borang cetak 73106 Jualan borang cetak Yang Lain 73199
Jualan patil lesen 73221 Jualan Tong Sampah 73225 Jualan Karung Plastik 73227 Jualan Barang stor Yang Lain 73299
Jualan-jualan yang lain 73999 Jualan Harta Benda Kerajaan 73301
Sewaan (74000) Sewa Tapak dan Tanah 74101 Sewa Bangunan Kediaman 74201
Sewa Bangunan Pejabat 74202 Bangunan Penstoran 74204 Sewa Bangunan perniagaan 74212
Sewa Dewan 74213 Sewa padang dan gelanggang 74214
Sewa Perhentian bas/teksi 74217
Sewa tandas awam 74218 Sewa Gerai / Kantin 74219 Sewa Pasar 742191 Sewa tapak perniagaan 74220 Sewa bangunan- bangunan lain 74299
Sewa kenderaan penumpang (9 seater ke bawah) 74301
Sewa kenderaan pengangkutan 72302
Sewa perabot dan kelengkapan 74502
Bayaran sewa yang lain 74999 [ Sewa rumah rehat ] 74999A