Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

257) PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB MENYELENGGARA INFRASTRUKTUR AWAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat dan kriteria utama yang ditetapkan sebelum tanggungjawab menyelenggara infrastruktur awam boleh diserahkan daripada pihak pemaju taman perumahan kepada PBT, khususnya di bandar-bandar membangun seperti Bandar Puncak Alam dan Bandar Seri Coalfields?

    Berikut adalah syarat dan kriteria utama yang ditetapkan oleh MPKS sebelum tanggungjawab menyelenggara infrastruktur awam boleh diserahkan daripada pihak pemaju taman perumahan kepada PBT:

    i) Pemaju telah memenuhi syarat serta keperluan dalam sepertimana kelulusan pelan-pelan pemajuan yang melibat kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan & Perparitan, Pelan Lanskap dan Pelan Bangunan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

    ii) Kawasan pembangunan telah memperolehi Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC) – Borang F.

    iii) Permohonan pengambilalihan kawasan hanya boleh dibuat selepas 12 bulan (1 tahun) dari tarikh Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC) – Borang F dikeluarkan.

    iv) Pihak pemaju perlu mengemukakan surat permohanan rasmi bagi permohonan pengambilalihan kawasan bagi pembangunan berkaitan berserta melengkapan dokumen-dokumen berkaitan mengikut senarai semak permohonan pengambilalihan kawasan kepada melalui urusetia OSC, MPKS.

    v) Pihak jabatan teknikal dalaman MPKS akan melaksanakan pemeriksaan di tapak bagi permohonan pengambilalihan kawasan setelah mendapat pemakluman dari urusetia OSC, MPKS dengan mengambilkira semua infrastruktur berkaitan dalam kawasan tersebut berada dalam tahap baik, selamat serta memuaskan. Pihak jabatan teknikal dalaman MPKS akan mengeluarkan surat perakuan pengambilalihan kawasan sekiranya perkara tersebut telah dipatuhi oleh pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.