Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
145) PENYERAHAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah mengumumkan Projek Penyejarahan Kampung Baru sebagai langkah untuk menyimpan rekod sejarah kampung-kampung tersebut agar tidak hilang. Apakah status pelaksanaan projek penyejarahan tersebut?
- Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru telah menjalankan projek penyejarahan bagi Kampung Baru iaitu dengan mewujudkan laman web Kampung Baru, i-kgbaru.com. Portal Kampung Baru Selangor ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datao’ Menteri Besar Selangor pada 20 Oktober 2010 yang lepas. Melalui portal ini, masyarakat Kampung Baru serta rakyat di Negeri Selangor dapat mengetahui info terkini mengenai latar belakang Kampung Baru, sejarah tertubuhnya kampung tersebut, aktiviti yang berlaku di kampung, berita-berita yang bermanfaat tentang sesuatu kampung itu serta maklumat-maklumat mengenai Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
-
Pihak manakah yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan profesional dan tepat?
- Kerajaan Negeri telah bersetuju agar proses penyelenggaraan laman web i- kgbaru.com dilaksanakan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Selangor (ICT) bagi memastikan maklumat yang terdapat di dalam portal tersebut tepat dan sahih.