Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

255) PENYERAHAN ASET DAN TANAH KEPADA PENDUDUK ORANG ASLI YANG DITEMPATSEMULA DI DAERAH PETALING

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama kampung Orang Asli, keluasan tanah, aset-aset kemudahan awam dan pampasan yang belum diserahbalik kepada Orang Asli akibat penempatan semula di daerah Petaling.

    Terdapat empat buah Kampung Orang Asli (KOA) terletak di dalam Daerah Petaling iaitu:

     

    1. KOA Sungai Rasau Hilir
    2. KOA Sungai Rasau Hulu
    3. KOA Bukit Lanjan, dan
    4. KOA Air Kuning

     

    Berdasarkan rekod dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sehingga 30 Jun 2022, status penyerahan balik atau pulangan kepada Masyarakat Orang Asli akibat daripada penempatan semula yang masih belum selesai adalah melibatkan sebanyak tiga daripada empat buah kampung. Maklumat terperinci mengikut kampung dan senarai aset yang terlibat adalah seperti berikut:

  2. Apa Kerajaan Negeri boleh bantu untuk mempercepatkan penyerahan tanah dan aset-aset yang tertangguh?

    Kerajaan Negeri telah pun mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak pemaju yang terlibat di dalam projek pembangunan penswastaan. Berdasarkan kepada perbincangan tersebut, pihak pemaju telah diminta untuk mengeluarkan surat jaminan kepada pihak Kerajaan Negeri/ JAKOA untuk membuat penyerahan pulangan kepada Orang Asli mengikut tempoh yang ditetapkan. Namun begitu, terdapat pulangan kepada Orang Asli tidak dapat diselesaikan kerana kapasiti kewangan pihak pemaju yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, satu task force ditubuhkan bagi memastikan mesyuarat secara berkala dilaksanakan dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pulangan kepada Orang Asli yang terkesan akibat penempatan semula

     

Lampiran

Tiada Lampiran.