Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
418) PENYERAGAMAN SKOP PENYELENGGARAAN JALAN DAN PERPARITAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat langkah segera yang diputuskan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Isu Jalan, Longkang dan Parit Tidak Bertuan Bil. 1/2024 telah diadakan pada 11 Januari 2024 mengenai isu di atas?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur pada masa ini dalam proses penyelarasan maklumat yang diperolehi daripada semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Tindakan seterusnya adalah penentuan pemilikan inventori infrastruktur seperti jalan, longkang dan parit supaya penyeragaman kerja terutama dari segi skop penyelenggaraan jalan dan perparitan di bawah jabatan/agensi lebih terancang dan sistematik.
Mesyuarat Penyelarasan Isu Jalan, Longkang dan Parit Tidak Bertuan Bil. 1/2024 yang diadakan pada 11 Januari 2024 telah membincangkan data dan maklumat yang diperolehi daripada jabatan/agensi yang terlibat. Mesyuarat bersetuju agar data dan maklumat tersebut diperhalusi dan dikemaskini.
-
Nyatakan satu tempoh sasaran bilakah penyeragaman ini dapat dilaksanakan.
Kerajaan Negeri sedang merangka pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit, longkang dan jalan tidak bertuan secara one-off dan berperingkat bagi tahun 2024 mengikut fasa seperti berikut:
- Fasa 1 – RM2,500,000.00 bagi parit tidak bertuan di bawah JPS Negeri Selangor; dan
- Fasa 2 – RM2,500,000.00 bagi parit, longkang dan jalan tidak bertuan di bawah JKR Negeri Selangor, PBT dan Pejebat Daerah dan Tanah.
Melalui penyeragaman ini, masalah pertindihan tugasan di antara jabatan/agensi akan dapat di atasi dalam masa yang terdekat demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor.