Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
27) PENYENGGARAAN SUNGAI DAN LONGKANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana membezakan Longkang monsun atau anak sungai adalah dibawah seliaan PBT atau JPS?
Untuk makluman Yang Berhormat, anak sungai diselenggara oleh pihak JPS, manakala bagi penyelenggaraan longkang monsun pula boleh dirujuk melalui pada papan tanda yang dipasang sama ada di bawah penyelenggaraan PBT atau JPS. Perkara ini juga merujuk kepada Pelan Topografi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM).
-
Siapa yang bertanggungjawab atas penyenggaraan anak sungai di Kampung Sungai Terentang (Sepanjang Lorong 8)?
Hasil semakan bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan (JPSPK) serta surat pemakluman daripada pihak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Daerah Gombak dalam rujukan Bil. (74)dlm.JPS(G)1000/168/1 Jld. 3 bertarikh 14 September 2021 memaklumkan lokasi longkang monsun tersebut adalah di bawah penyelenggaraan pihak JPS.