Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
132) PENYENGGARAAN LAMPU-LAMPU JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan agensi yang menyenggara lampu-lampu jalan sepanjang 6 kilometer di Jalan Kapar-Kuala Selangor (FT05) dari perkampungan Tambak Jawa ke Batu 18 Jeram beserta pembahagian kawasan jagaan masing-masing.
Lampu jalan sepanjang 6 kilometer di Jalan Kapar-Kuala Selangor (FT05) dari Perkampungan Tambak Jawa ke Batu 18 Jeram adalah di bawah senggaraan JKR Daerah Kuala Selangor (Unit Penyenggaraan Elektrik Daerah).
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyeragamkan pemasangan dan penyenggaraan terutama di selekoh gelap/berbahaya?
Bagi jalan-jalan di bawah seliaan JKR Selangor, pemasangan dan penyenggaraan di selekoh gelap / berbahaya adalah di bawah program keselamatan jalan raya di mana permohonan peruntukan untuk pemasangan lampu jenis SOLAR LED akan diberi keutamaan