Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
21) PENYENGGARAAN JALAN SILANG DAN JALAN MAXWELL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kini hak penyenggaraan Jalan Silang dan Jalan Maxwell?
Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, Jalan Silang dan Jalan Maxwell tersebut adalah sebahagian daripada jajaran jalan raya yang menghubungkan kawasan antara pekan atau bandar. Jalan tersebut wujud selaras dengan pembukaan kawasan pekan Rawang dan jajaran sekitarnya pada tahun 1950an yang mana ianya juga melibatkan jajaran jalan raya persekutuan FT01 Kuala Lumpur – Ipoh yang diselenggara oleh pihak JKR Persekutuan. Pihak majlis tidak pernah melaksanakan sebarang penyelenggaraan di jalan tersebut sejak tertubuhnya MPS pada tahun 1997 sehingga kini.
Mesyuarat Task Force Persempadanan Rezab Serta Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang yang diadakan pada 10hb September 2021, Jam 3.00 petang telah diadakan. Melalui mesyuarat tersebut, pihak jabatan ada membuat cadangan agar jalan Silang dan Jalan Maxwell diserahkan kepada MPS untuk senggaraan menggunakan Wang Amanah MARRIS setelah diluluskan pendaftaran melalui MARRIS online oleh pihak JKR. Jabatan difahamkan perkara ini masih dalam tindakan JKR.
-
Bagaimana penyelesaian sekiranya infrastruktur di Jalan Silang dan Jalan Maxwell mempunyai kerosakan?
Perkara ini melibatkan isu perundangan. Sehubungan itu, pihak MPS akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di jalan tersebut setelah proses serahan jalan dan kelulusan pendaftaran MARRIS online oleh pihak JKR selesai dilaksanakan, manakala dalam tempoh interim, akan berbincang dengan jabatan-jabatan lain yang berkaitan bagi kerja-kerja pembaikan.