Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
100) PENYENGGARAAN JALAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan MBSA di muka surat 113: Apakah sebab-sebab rancangan penyenggaraan jalan secara berkala tidak disediakan?
Majlis tidak mampu berbuat penyenggaraan jalan secara berkala kerana ianya melibatkan peruntukan yang tinggi. Namun kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan berdasarkan keperluan dan aduan semasa.
-
Apakah sebab-sebab daftar inventori penyenggaraan jalan tidak diselenggara?
- Majlis ada menyimpan rekod kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan namun masih tiada sistem inventori khas secara bulanan/tahunan.
-
Apakah sebab-sebab tiada pemantauan dilakukan dan aduan yang diterima lewat diambil tindakan?
- Majlis ada Jawatankuasa Aduan bagi memantau aduan-aduan yang diterima.