Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

30) PENYELESAIAN TUNTAS SETINGGAN KPG SG SIREH KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah rumah setinggan di Kg Sg Sireh, Klang (tanah KTM)? Sila nyatakan kronologinya.

    Setinggan di Kg Sg Sireh

    MMKN Ke 4/2012 bertarikh 1 Februari 2012 meluluskan pemberimilikan kepada seramai 105 setinggan di Kampung Sungai Sireh Tambahan dan 10 setinggan di Kampung Sungai Sireh Utama. Walau bagaimanapun penempatan tidak dapat dibuat memandangkan berlaku pertukaran/pertindihan lot selepas pengukuran dibuat.

    PDT Klang sedang dalam tindakan untuk membuat semakan semula bagi lot-lot yang terlibat dengan pertukaran/pertindihan dan akan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan.

  2. Apakah pelan penyelesaian Kerajaan dalam isu rumah setinggan (lot persendirian) Kg Sg Sireh, Klang? Sila nyatakan kronologi hingga selesai.

    Setinggan lot persendirian

    Terdapat rayuan daripada ADUN kawasan dan peneroka supaya kerajaan membantu bagi menyelesaikan isu peneroka dan pemilik-pemilik tanah berkaitan.

    Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (STANDCO) Perumahan Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar pada 17 Oktober 2016 yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Iskandar bin Abdul Samad mengarahkan pihak UPEN mendapatkan pengesahan dan persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah berhubung dengan tawaran harga yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.