Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

79) PENYELESAIAN TUNTAS PASCA PERPINDAHAN SETINGGAN KE PANGSAPURI KOS RENDAH SRI PERANTAU

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi tindakan Kerajaan sejak 2008 bagi mengurangkan beban penduduk asal Rumah Panjang Sri Perantau yang dipaksa berpindah ke Pangsapuri Rendah Sri Perantau

    Tiada maklumat.

  2. Nyatakan sekali kos, segala interaksi dan tawaran penyelesaian kepada penduduk dan respon penduduk.

    Pihak Majlis telah turun ke tapak untuk bertemu dengan penduduk dan memberikan khidmat nasihat kepada penduduk dari segi untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank pada ketika itu.

     

  3. Apakah bantuan yang telah dirancang dan sedang berjalan di Pangsapuri Sri Perantau? Nyatakan kos yang terlibat.

    Dari segi bantuan, pihak Majlis telah memberikan pengecualian cukai taksiran kepada semua perumahan kos rendah termasuk Pangsapuri Sri Perantau. Berikut adalah maklumat yang diterima dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berkenaan bantuan yang dirancang dan sedang berjalan di Pangsapuri Sri Perantau adalah seperti berikut:-

    Bil Program Kos (RM)
    1. Smartlife 7,552,416.24
    2. Pelantikan Agen Pengurus 105,300.00
    3. Penyediaan Library 80,000.00
    4. Penubuhan K-Klik 8,250.00
    5. FOKUS 19,999.99

Lampiran

Tiada Lampiran.