Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

29) PENYELESAIAN TOTAL SAMPAH PUKAL DAN DOMESTIK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan menyeluruh untuk memastikan masalah pengurusan sampah yang masih tidak memuaskan di MPK khususnya di kawasan DUN Selat Klang menjelang 2017 selesai?

    Peranan dari semua pihak pentadbir termasuk masyarakat sekitar perlu memastikan masalah sampah dapat dikurangkan menjelang 2017. Perlu menyerapkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat dan penduduk setempat.

  2. Bagaimanakah Kerajaan akan memastikan kutipan sampah dibuat secara sistematik dan bukan atas aduan seperti yang sedia ada?

    Memastikan kutipan sampah mengikut jadual berkala di seluruh kawasan.

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri sistem pemantauan yang berkesan supaya rakyat boleh menikmati alam persekitaran yang indah dan bersih?

    Kerajaan Negeri harus menggalakkan kerjasama antara pentadbir dan masyarakat dalam memastikan alam persekitaran indah dan bersih.

    Contoh:

    • Mengadakan program kesedaran alam sekitar
    • Mengadakan program gotong-royong bersama masyarakat.
    • Mengadakan program landskap untuk menceriakan kawasan sekitar

Lampiran

Tiada Lampiran.