Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

109) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan apabila berlakunya hujan lebat. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir ini untuk jangka masa panjang?

    1. Dijawab oleh MPS
  2. Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan sebagai projek pembangunan khas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)?

    Bagi mengatasi banjir di kawasan ini JPS telah pun siap menjalankan kajian reka bentuk Projek Menaiktaraf Saliran Bandar Baru Selayang. Projek ini dijangka akan dimulakan pada Mei 2010.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.