Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
83) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banjir kilat di beberapa kawasan Selayang masih berlarutan sehingga ke hari ini dan mengganggu kesejahteraan hidup rakyat dan keselamatan harta benda. Apakah tindakan penambahbaikan yang telah diambil sejak dua tahun yang lalu oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan-kawasan ini
- Banjir di Jalan 30, Selayang Baru telah dilaksanakan oleh pihak JPS dengan menaiktaraf longkang monsun
-
Ingin tahu apakah perancangan yang telah dibuat dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menangani masalah banjir ini secara berkesan supaya rakyat tidak merasa bimbang setiap kali tibanya musim hujan.
- Majlis Perbandaran Selayang akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang terbabit bagi melaksanakan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMK ke-10) itu. Di masa yang sama, pihak Majlis akan memantau kerja-kerja pembersihan dan kerosakan longkang di kawasan sekitarnya.