Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

80) PENYELESAIAN ISU SETINGGAN KG SG SIREH (TANAH KTM)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi tindakan Kerajaan sejak 2008 dalam menyelesaikan isu setinggan Kg Sg. Sireh di tanah KTM

    MMKN Ke 4/2012 bertarikh 1 Februari 2012 menimbang dan meluluskan pengesahan nama keluarga setinggan Kampung Keretapi, Kg Sg Sireh Tambahan, Kg Sungai Sireh Tambahan 2 dan Kg Sg Sireh Utama.

    Notis 5A telah disampaikan kepada semua penduduk di kampong-kampong berkenaan pada  April 2012

    Namun di Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kg Sireh Utama. Hakmilik tidak dapat dikeluarkan kerana terdapat struktur binaan rumah yang dibina oleh penduduk tidak berada di lot yang disenaraikan dan telah diluluskan oleh MMKN.

    Pengukuran telah dijalankan oleh penduduk berkenaan dan semakan senarai nama bersama pejabat DUN telah dibuat.

  2. Nyatakan kes yang sudah selesai beserta keluasan tanah dan jumlah penduduk.

    Jumlah keseluruhan penduduk setinggan di kawasan di Kampong Sungai Sireh adalah 122 lot.  Daripada jumlah berkenaan 6 lot tidak dapat diangkat untuk pertimbangan MMKN kerana masih terdapat isu pengukuran yang dibangkitkan oleh penduduk berkenaan dan akan diangkat untuk pertimbangan MMKN setelah isu berkenaan diselesaikan oleh penduduk tersebut.

  3. Nyatakan tarikh dijangka selesai untuk baki kes (yang sudah 10 tahun!). Apakah yang menyebab kelambatan penyelesaian kes setinggan ini oleh Kerajaan?

    Kertas Ringkasan bagi pertimbangan MMKN telah dihantar ke PTGS bagi penyelesaian ini pada 20 Julai 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.