Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

194) Penyelesaian ISU Banjir

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak tahun 2018,berapakah spot banjir yang telah berjaya diselesaikan? Mohon statistik mengikut DUN.

    Sebanyak 29 kawasan hotspot banjir telah berjaya diselesaikan sejak tahun 2018 merangkumi kawasan berikut:

    Manakala kadar kekerapan banjir di 6 kawasan telah semakin berkurang selepas beberapa tindakan yang telah di ambil melibatkan kawasan-kawasan berikut:

  2. Apakah tindakan bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap kali terjadi sekiranya hujan lebat di Kampung Perepat, Sementa?

    Punca banjir di Kg Perepat Batu 7 adalah disebabkan oleh sistem perparitan di Jalan Masjid yang kurang sempurna yang melambatkan aliran ke Parit Jalan Jati Kiri dan seterusnya ke Sungai Kapar Kecil . Penyelenggaraan parit di Jalan Jati Kiri dan Sungai Kapar Kecil telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melancarkan aliran. Selain itu, sistem saliran dalaman di Jalan Masjid juga perlu dinaiktaraf bagi mempercepatkan aliran air ke parit utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.