Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
2) PENYELESAIAN ISU ASET BELUM SERAHBALIK DI KAMPUNG ORANG ASLI DESA TEMUAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh bantu mempercepatkan lagi penyerahan aset-aset dan gantirugi kepada penduduk Kampung Orang Asli Desa Temuan yang dijanjikan oleh Pemaju MKLand/Saujana Triangle yang sudah lambat hampir 30 tahun?
Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat bersama pihak pemaju bagi mengenal pasti isu yang masih belum selesai. Ini kerana maklum balas yang diterima daripada pihak pemaju menyatakan bahawa terdapat beberapa tuntutan yang tiada dalam perjanjian dan pihak pemaju juga memaklumkan bahawa terdapat aset-aset yang telah siap dibina tetapi belum diserahkan kerana masih dalam proses kelulusan JUPEM dan PTGS.
-
Sila beri tempoh masa untuk penyerahan tersebut.
Tempoh masa penyerahan adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri sekiranya ia melibatkan agensi-agensi lain. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan membantu dalam membuat susulan dan mesyuarat dari semasa ke semasa ke atas perkara ini.