Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
33) PENYELESAIAN BANJIR KILAT DI KAJANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cadangan jangka masa panjang untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di Kajang?
Pihak Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia telah menjalankan beberapa kajian bagi mengatasi masalah banjir di Kajang. Di antara kajian yang akan dan telah dilakukan adalah :
- Stormwater Management & Drainage Masterplan Study For The Town Of Sg. Besi, Kuala Lumpur and Seri Kembangan, Selangor (2008).
- Stormwater Management & Drainage Masterplan Study For MPKj, Selangor (2010).
- Rekabentuk terperinci Sistem Saliran Mesra Alam bagi Bandar Kajang, Selangor (2013).
-
Minta kerajaan negeri kemukakan rancangan Pelan Induk Tebatan Banjir di Sungai Jeluh dan Sungai Langat bagi mencegah kejadian banjir di Kajang
Pihak JPS Malaysia dan JPS Daerah Hulu Langat, Selangor telah memaklumkan dan mengemukakan Pelan Induk Tebatan Banjir di Sg. Jeluh & Sg. Langat.